
1Maktab 1Tujuan
Seiring dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini, kami warga ECOldBoys.org ingin menjemput anda untuk memeriahkan Majlis Berbuka Puasa ECOB 2009 yang akan diadakan pada tarikh/masa dan tempat berikut:
Tarikh: Sabtu, 5 September 2009
Masa: 6.30 petang – 10.30 malam
Tempat: Flaming Steamboat Buffet, Bandar Sunway
Bayaran: RM 23.00 ++
Untuk RSVP atau pertanyaan lanjut berkenaan majlis berbuka puasa kami yang ke-2 ini, sila hubungi urusetia di bawah:
Shahel: +60122170049
Kechik : +60123640346
Semoga dengan kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis Berbuka Puasa ECOldBoys.org 2009
Posted by on September 2nd, 2009
Read More

Marhaban Ya Ramadhan
Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua warga ECOB yang beragama Islam. Semoga segala amal kita di sepanjang bulan puasa ini akan diterima-Nya.
Posted by on August 20th, 2009
Read More
Satu sesi Teh Tarik akan diadakan di Johor Bahru khusus buat warga JB (warga luar JB juga dialu-alukan) bagi mengeratkan silaturahim di antara warga Forum ECOB . Maklumat adalah seperti yang tertera di bawah:
Tempat : Gazebo Place (Kg. Kurnia/Tmn. Suria)
Tarikh : 28/2/2009 Sabtu
Time : 10 malam
Complimentary drinks (untuk 1 air pertama sahaja) akan ditaja oleh brader Nazar. Mereka yang berminat untuk menghadirkan diri, sila RSVP kat Nazar (013-7078896) atau email ke admin@ecoldboys.org.
Sekian untuk makluman.
Posted by on February 25th, 2009
Read More

- Kerabat kerja ECOB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua warga ECOB yang beragama Islam. Semoga segala pengorbanan yang telah kita semua lakukan akan diterima Ilahi, insya-Allah.
Posted by on December 8th, 2008
Read More

ECOB Mail yang ditunggu-tunggu kini dibuka untuk pendaftaran!. Pendaftaran emel ini hanya terhad buat warga ECOB. Untuk mendaftar sila emelkan nama penuh anda, ID pengguna di Forum ECOB serta 2 pilihan alamat emel yang dikehendaki.
Contoh format permohonan pendaftaran seperti berikut:
Nama Penuh: Ali Bin Ahmad
ID di Forum: Ali
Pilihan alamat emel: 1. ali@ecoldboys.org 2. aliahmad@ecoldboys.org
Permohonan hendaklah dihantar kepada admin@ecoldboys.org.
Posted by on December 1st, 2008
Read More

Warga ECOB dijemput ke majlis perkahwinan NORRAZMAN BIN OSMAN a.k.a Bawie (SPM 1999) dengan pasangannya MARLIZA BTE AWANG, bertempat di Dewanraya Kg Dato’ Onn, Kg Dato’ Onn, Larkin, Johor Bahru pada 30hb November 2008.
Aturcara Majlis:
Jamuan : 11 pagi – 5 petang.
Majlis persandingan : 1.30 tengahari
Diharap kehadiran anda semua akan dapat menyerikan lagi majlis mereka. Insya ALLAH.
Posted by on November 23rd, 2008
Read More

Menu ke Login Page ECOB Mail
Jika anda seorang yang teliti, pastinya anda menyedari kemunculan ikon baru di splash page ECOB seperti yang dapat dilihat di cekupan skrin di atas sekaligus menimbulkan tanda tanya, apakah fungsi menu ini?. Adakah ia merupakan satu gimik semata-mata?
Read the rest of this entry »
Posted by on November 22nd, 2008
Read More

Buat pelajar Maktab yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), kami mengucapkan “Selamat Menempuh Peperiksaan”. Kami semua mendoakan agar anda semua dapat menjawab segala soalan dengan penuh ketenangan dan memperoleh keputusan yang cemerlang!. Selamat Berjaya!
Posted by on November 10th, 2008
Read More
Setelah ditutup lebih dari 48 jam untuk penyelenggaraan dan juga sedikit masalah teknikal, Forum ECOB dibuka semula jam 12.45 tengah malam tadi.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran semua warga ECOB dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.
Posted by on November 10th, 2008
Read More
.jpg)
Tugas penyelenggaraan Forum ECOB akan dijalankan bermula jam 11 malam ini dan dijangka berakhir jam 1 pagi keesokkan harinya.
Namun keseluruhan proses mungkin mengambil masa sehingga 12-24 jam, namum pengguna dijangka sudah boleh mengakses ke laman forum selepas tempoh 1-2 jam pertama penyelenggaraan.
Kesabaran anda amatlah kami hargai.
Posted by on November 7th, 2008
Read More